Sunday, 19 March 2017

MLM Shaklee PATUH SYARIAH kah?

Assalamualaikum wbt..



Ha.. Yam nak ceritakan kisah yam ni ha. Dulu-dulu, yam ni sangat anti dengan MLM. Yelah takut sangat makan duit haram. itu kisah yam dulu-dulu... 

Sekarang? Hehe.. Yam pulak jadi leader MLM. Pelik kan? MLM di Malaysia sebenarnya disalah ertikan seolah-olah semuanya skim piramid yang menganiaya downline. Itu jugalah pemahaman yam dulu. Kalau jadi upline, boleh duduk relax, sentiasa kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada upline.

Nak tau macamana yam boleh terjebak dengan shaklee? Yam join Shaklee ni sebab yam suka produknya. yam bermula dengan set hamil. Sangat teruja ketika yam amalkan set hamil. keadaan bertambah sihat, dan cergas ketika hamil.


Lepas tu yam cuba kaji sistem MLM shaklee, alhamdulillah.. MLM Shaklee yang sangat adil. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak kemana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa.

Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau register orang, dapat imbuhan,kan? atau kita buat loan banyak-banyak, kemudian buat belian banyak-banyak, terus naik pangkat dan siapa yang dahulu dia sangat untung sebab boleh goyang kaki. Orang bawah akan cari sales.


Sebab tu kita kena tahu apa yang kita buat. Jangan masuk MLM ni sebab tengok orang berbondong-bondong masuk. Lepas tu Cepat sangat kaya! Jangan! itu salah!

Ok, Yam nak cerita panjang-panjang ni, jom semak kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh baca di sini :



1. Harga tinggi dari biasa Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM94.08( include gst) untuk 120biji iaitu RM0.78 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah. Dan jika anda bandingkan dengan produk non MLM diluar multivitamin lagi mahal jika dibandingkan dengan kualiti dan kandungan nutrisi dalam multivitamin shaklee. 

2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. tetapi dalam shaklee tiada barangan haram malah semuanya mendapat pengiktirafan halal. Dan Tiada paksaan pembelian atau penggunaan.

3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Produk Shaklee dikenali lebih 60 tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan Ahli-ahli Sains, dan doktor-doktor terkemuka. Shaklee ni siap ada landmark study lagi bagi menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. 



4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.


5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja. Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti anak, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti :)

6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game). Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat



7. Setiap ‘upline' atau orang di atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ? 
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah melalui FB group dan group Whasapp serta bimbingan kelas secara ofline. Dalam masa yang sama kami saling mengenali downline kami. Ianya sangat Mudah & praktikal

9. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat. 
"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung.



10. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan. Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee. Dan sekarang lagi mudah, shaklee paparkan melalui web Shaklee dan ada perkiraan untuk mata (Unit Volume) bagi setiap bonus.

11. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas.

Ha nampak tak shaklee memilih sistem yang patuh syariah. Bagi yam, dengan  sistem inilah menjadikan shaklee semakin kukuh dan bertahan sehingga sekarang.


Salam Sayang,

Solehah Mariyam Sa'ari :)
Contact Info: 
FB : https://www.facebook.com/solehahmariyam
ID Solehah Mariyam : 961720 
Whatsapp : 013-9020247

No comments:

Post a Comment