Thursday, 16 March 2017

MAK, BONUS SHAKLEE YAM DAH MASUK!



"Mak.. bonus yam bulan ni masuk dah..  bulan ni yam bank in lah yer, nak bagi kat tangan tak dan lagi balik.." ujur ku dalam talian

"Allah, tak pelah.. gunalah duit tu untuk belanja yam, anak-anak.. "

Teringat yam dahulu, masa mula-mula kerja.. gaji RM1300. tolak itu,ini kos hidup di Selangor bukan seperti hidup di kampung.. semua mahal. Kesana-kemari tol. Hanya yam mampu hulurkan RM50 kemudian 100 buat mak ayah. Alhamdulillah.. namun jauh di sudut hati sedih, aku tak mampu bagi banyak untuk mak, ayah..

Ya...memang kita selalu dengar mak,ayah bukan nak duit dari kita tapi kasih sayang... Namun, kehidupan sekarang bagi yam tak cukup hanya dengan kasih sayang,doa,bakti pada mereka.. Yam nak juga mak,ayah merasa hasil titik peluh yam.. sebab dulu mak,ayah bertungkus lumus cari duit nak besarkan yam hingga yam berjaya ke Universiti kemudian yam mendirikan rumahtangga.

oh.. Keluarga yam dulu bukanlah orang senang, yam pernah ikat perut semasa sekolah sebab nak kumpul duit makan nasi ayam gulai.. seronok tengok anak orang kaya makan nasi gulai ayam di kantin. masa universiti yam tak nak susahkan mak,ayah tanggung belajar yam full, yam cuba buat bisness kecil-kecilan sambil ketuk bilik pensyarah dengan muka tebal untuk jual Cd karya ulama' bagi menampung pengajian yam.. hehe yam pun tak nak cerita banyak bab kesusahan yang yam lalui. nanti jadi part tangisan di sini..hihi

Alhamdulillah, Allah takdirkan yam berjumpa dengan biness shaklee, bermula dengan bisness shaklee yam dapat bonus walau pada mulanya 2 angka, tapi yam rasa seronok.. eh sapa nak bg duit free kat kita.kan... :)

Hinggalah  Allah hadiahkan yam bonus 4angka lebih sebulan selepas yam rank up supervisor.. Masa tu yam tekad, aku nak jugak bagi RM1000 untuk mak dan yah.  Yam rasa seronok sangat. yam dapat bagikan mak,ayah rasa hasil titik peluh yam. Seronok sangat apabila gembirakan hati mak,ayah.. Masa tu kira mak dan ayah RM1000.

Tapi kali ni, Seepas Rank Up Coordinator bonus yam mulai mencapai RM6000 lebih setiap bulan yam bagi FULL untuk mak,ayah RM1000 dan hadiahkan supplement tiap-tiap bulan untuk setiap seorang. Allahurobbi, memang sangat berkat kehidupan ni bila gembirakan mak,ayah. Apatah lagi kita berbuat baik pada mereka.. lagi extra Allah balas..

15 haribulan Mac 2017 yam whasapp mak yam, ni Whatsappnya..




sejurus selepas tu yam call, Mak duk bagitahu, buat apalah bagi duit banyak-banyak ni.. Yam gunalah untuk yam dan anak-anak..  nampak sangat mak ayah tak nak susahkan kita.. Yam cakap kat mak.. Yam berjaya dalam shaklee asbab mak,ayah doakan yam sentiasa..
Doa mak,ayah tiada hijab dengan Allah. Doakan untuk faiz, anak-anak yam dan adik beradik sekali :)

Sempat mak akhiri perbualan panjang kami dengan seloroh, moga bulan ini Allah gandakan bonus yam RM12000! hehe


Kita sayang mak,ayah kita kan.. ibaratnya kalau boleh kita tak nak langsung mak ayah berpisah dari kita. Sebab kasih sayang mereka tidak ternilai buat kita. :)

Dan ketahuilah..Allah itu sayang lagi pada kita lebih lagi dari kasih sayang seorang ibu dan anak. Tak terungkap rasanya kasih sayang Allah ni.. Maha suci Allah yang memberikan rezeki yang melimpah ruah untuk yam dan keluarga..Moga sahabat pembaca jua dimurahka n rezeki olehNya.. Amin..

Terima kasih Allah,
Terima kasih Shaklee..


Salam Sayang,
Solehah Mariyam Sa'ari :)
Contact Info:
FB : https://www.facebook.com/solehahmariyam
ID Solehah Mariyam : 961720
Whatsapp : 013-9020247

No comments:

Post a Comment