Saturday, 3 September 2016

Si Pembuka rezeki yang melimpah-melimpah

gambar hiasan
"Allah, kesiannya Yang... banyak syarikat-syarikat tutup sekarang..Apalah nasib pekerja-pekerja syarikat yang tutup ya? setara kita yang ada pekerjaanpun terasa sangat dengan ekonomi sekarang", suami saya menghela nafas panjang sambil memandang saya.

Ya.. memang benar, ekonomi 2016 ni sangat terasa kegawatan ekonominya... apatah lagi suatu petang seusai suami saya ceramah program training, kami singgah di pam minyak Shell, kalian tahu apa yang saya nampak dan dengar? sepasang suami isteri sedang menaiki motosikal ingin mengisi datang dihadapan kami..

Suaminya berkata dengan nada perlahan "Mah, ada tak duit lebih, abang nak isi minyak?"
si isteri menjawab sayu "tak ada bang...."
si suami berkata lagi "Cuba mah tgok dalam sampul duit raya anak-anak yang hari tu, ada lagi tak duit? "
saya lihat si isteri membelek-belek beg tangannya yang agak lusuh
"ada bang! 4 Ringgit "

saya dan suami berpandangan... (macam kisah kami mula-mula kahwin dulu)
kesian dia.. 
hulurkan duit padanya!

........... 

Allah.. itulah agaknya kebanyakkan masyarakat marahen menjalani kehidupan.. Saya juga pernah begitu suatu ketika dahulu! Tapi kini Alhamdulillah, Allah izinkan saya merasa income 4 angka. Daripada kisah di atas tadi mengingatkan saat kami ketika sangat genting ketika kewangan kering. Berlinangan air mata kami.. Allah susahnya duit tak mencukupi.

Tapi... saya teringat dakwah bilhal yang Ayah saya selalu buat. Saya sentiasa nampak masa kami kecik-kecik Ayah selalu bawa duit ke surau setiap kali subuh, ya pasti untuk dimasukkan dalam tabung derma hingga sekarang ayah masih berpegang teguh dengan amalan sedekah walaupun saat itu 1 projek pun (pada ketika itu) tak masuk-masuk walaupun berbulan-bulan ayah sedekah. Apa yang saya nampak berkat dari amalan ayah dulu-dulu menjadikan rezeki ayah kini melimpah ruah, pasti ada rezeki kot mana sekalipun ia tetap datang tanpa putus-putus.

Ternyata janji Allah ini sangat benar bagi hambanya yang sangat yakin padanya. Hakikat yang kita perlu akui, rezeki Allah ini sangat-sangat luas dan Allah dan ingatlah kita takkan sesekali jatuh miskin kerana memberi! 

Berdasarkan pengalaman saya setelah mengamalkan Sedekah Subuh, sangat banyak pengalaman ajaib yang berlaku antaranya tika saya hampir seminggu tak ada sales, tiba-tiba Allah gerakkan hati hambanya untuk beli vivix dan sales tak putus-putus, sehinggakan sayapun hairan, dari mana datangnya hamba Allah tetiba call dan whasapp saya nak beli produk shaklee..  saat genting kewangan hampir susut, Allah pasti gantikan dengan ceramah training dengan tiba-tiba. Yang saya paling seronok, Allah rezekikan anak-anak saya, Zinnirah anak yang mendengar kata. (dulu-dulu degil jugak) , Kesihatan kamipun Alhamdulillah Allah jaga.


Di dalam Al-quranpun banyak sekali ayat yang menganjurkan kita supaya sentiasa memberikan sedekah. Di antaranya, firman Allah SWT :


قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Katakanlah, “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.” (QS Saba’ ayat 39)
 Oh ya , bagaimana cara untuk amalkan Sedekah Subuh?

Pertama sekali kita pilih Waktu yang paling Afdal. Saya suka Ambil Masa  Sebelum subuh hingga selepas subuh sebelum syuruk.





Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Nabi Muhammad saw bersabda: “Tidak ada satu subuhpun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya.

Kemudian kita masukkanlah duit tak kira berapapun ke dalam tabung 'sedekah subuh' tu. Masa nak memasukkan duit tu, jangan lupa niatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk kita, keluarga dan lain-lain. Biasanya saya cukupkan sebulan saya akan berikan kepada mana-mana orang yang memerlukan dan teruskan istiqomah dengan amalan tu ya,pasti ada keajaiban yang Allah berikan. :) 




Oh ya sebelum saya terlupa antara amalan yang saya amalkan juga tak putus-putus adalah doa cepat kaya yang di ajarkan oleh Rasulullah saw. Boleh rujuk sini ya Amalan Cepat Kaya .


Jom... Kita jemput Si pembuka rezeki dengan buatkan Tabung Subuh dalam rumah kita.. Moga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keluasan rezeki Dari Allah.



Salam Sayang,
FB :Solehah Mariyam Sa'ari :)
Contact Info:
ID Solehah Mariyam : 961720

Whatsapp : 013-9020247

No comments:

Post a Comment