Friday, 2 September 2016

Pengalaman Best dan Cool semasa bersalin





Selpie sebelum ke Hospital  

"Mak,ada keluar darah lah. Rasanya nak beranak dah ni.. gi hospital terusla kan" Kata saya dengan nada yang agak cemas
"Ada rasa sakit dak?" Tanya ibuku "kalau tak, biar dululah.. nanti lama duk kat hospital tu, petang nanti pergilah "

Saat ke saat,detik ke detik saya menunggu, sampai tengahari saya menunggu.
"mak rasa macam perut mengeras lah, setiap 10 minit sekali" ujur saya.
"dah sakit tak yam?" tanya ibuku lagi
"tak pun, mengeras saja ja" ujurku lagi
"ni makan Ostematrix Shaklee ker?, jangan makanlah satgi macam mengandung zinnirah tak sakit, tak tahu bila nak beranak" kata ibuku lagi, kali ni dengan nada agak tegas

"oh... tak makan langsung hari ni ostematrix" jawabku selamba. Konon-konon kali ni nak merasa macamana sakit contraction yang orang duk cerita-cerita

"yam gilah hospital, kalau mengeras gitu, takut beranak dalam kereta" ujur ibuku

.......................................................

Setiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, saya berjalan agak laju ke kaunter pendaftaran

"Ehhhhh, puan! nak ke mana tu laju sangat?" jerit seorang nurse
"Saya nak daftar bersalin misi"
"ha?? nak bersalin? kenapa tak macam orang nak bersalinpun,lajunya awak jalan" ujur nurse tadi sambil gelak kecil

hehe... sekali nurse cek jalan, mak oii 4cm dah, tapi saya tak rase pape..dia minta saya masuk wad.. katanya kalau sakit jer bagitau Doktor atau mana-mana nurse.

.............................................................

Duduklah saya menunggu di wad, macam biasalah kadang-kadang mai Doktor kadang-kadang nurse bergilir-gilir ambil bacaan suhu badan, bacaan bilangan degupan jantung baby, cek tekanan darah. Tunggu punya tunggu eh, jam menunjukkan 9.30 malam, saya menelefon suami minta belikan makanan, rasa lapar sangat, al maklum makanan di hospital tak menyelerakan sangat.

Ambik! sekali burger double suami belikan

Cukup jam 10 malam, rasa memulas nak berak. Saya berlari ke tandas.. teran tak keluar-keluar.. Aish.. Dengan segera saya ke kaunter kat depan terus bertanyakan pada jururawat, 
"nurse, ada tak ubat berak, saya rasa saya sembelit ni, dari tadi rasa nak berak tak keluar-keluar"
"Eh, betul ke ni nak berak? ke nak beranak? sakit tak? eh, kesinilah... nak cek jalan " ujur nurse.
"Ya Allah.. weiii 8cm dah ni... , mana barang baby, tolak ke labour room! " jerit nurse cemas sambil panggil rakan-rakannya yang lain untuk tolak saya dengan katil
"mmm, nurse, kejap.. hp saya ada kat katil , barang babypun ada dalam almari saya ambil kejap.." perlahan-lahan saya turun dari katil, terus berjalan menuju ke katil.

kemudian nurse menolakku dengan katil hospital menuju labour room sambil berkata
"Awak ni betul ke tak nak bersalin ni.. aish, aku tak tahulah nak jawab apa kat Doktor nanti.... patient ni relax sangat, akupun jadi relax.. haha" sambil ketawa kecil bersama rakan-rakannya

Di dalam labour room pulak, pukul 10.45 malam
"kalau awak nak rasa nak teran nak beranak bagitau saya" sambil dia menulis report di sebelah katil saya. 
Pada masa itu yang ada hanya suami saya dan seorang nurse sahaja dek kerana patience di sebelah bilik saya adda komplikasi, semua nurse dan doktor bergegas ke sana.. 

Pukul 10.55 pagi
"Misi! saya nak beranak lah, ha time ni mau menggigil sakit. memulas-mulas nak membuang. "

Alhamdulillah.. Akhirnya tepat jam 11.03 malam saya bersalin..


Sebaik sahaja di hantar ke wad, saya minta suami bancuhkan ESP, sebab ESP ni bantu bekalkan tenaga, mana taknya penat kot bersalin ni.. 


Suami saya cakap,"kali ni sayang bersalin nampak mudah.."
amboi... hehe

"Err..Alhamdulillah..memang rezeki kot, bersalin anak kedua kali ni memang tak sakit time contraction..Alhamdulillah.. Nak tahu apa Amalan saya ketika mengandung? nanti saya ceritakan..

Teruskan membaca dan terima kasih kerana membaca!:)




Hospital Sultanah Nur Zahirah

Salam Sayang,
Solehah Mariyam Sa'ari :)
Contact Info:
FB : https://www.facebook.com/solehahmariyam
ID Solehah Mariyam : 961720
Whatsapp : 013-9020247

No comments:

Post a Comment