Sunday, 11 September 2016

Besarnya Makna Raya Korban



"Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati". (at-Tirmidzi dan Ibnu Majah) 

Ibadat korban adalah sebagai tanda bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Pengorbanan adalah satu kalimah mulia dan keramat bagi mana-mana budaya dan masyarakat. Namun erti sebenar sebuah pengorbanan tidak semudah mengungkapkannya atau menyeru orang lain berkorban. 

Maksud pengorbanan ialah bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi dan sedia berkorban demi kebaikan dan kebahagiaan bersama. Semakin banyak nikmat yang diterima sepatutnya semakin banyak ungkapan kesyukuran meniti di bibir manusia. Semakin kita bersyukur maka Allah SWT pasti akan menambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Ibrahim: 7). 

Di sini kepentingan antara kesyukuran dengan pengorbanan jelas kelihatan apabila Allah SWT menjanjikan tambahan nikmat sekiranya kita bersyukur. Sekiranya kita bersyukur dengan menterjemahkannya dalam bentuk pengorbanan. 

Semakin kita berkorban maka semakin banyak kenikmatan yang bakal kita perolehi. Marilah kita bersama-sama membuka lembaran baru sempena Bulan Pengorbanan yang bakal menjelang esok hari dengan bersyukur atas segala nikmat yang dikecapi, serta menanam azam baru yang didasari semangat dan kesediaan kita untuk berkorban demi kepentingan bersama. 

Salam 'iduladha dari saya,
FB :Solehah Mariyam Sa'ari :)
Contact Info:
ID Solehah Mariyam : 961720
Whatsapp : 013-9020247

No comments:

Post a Comment