Monday, 5 September 2016

Amalan ibubapa,Punca Pelajar Corot 5A UPSR!



Saya jugak kerap dengar orang kampung cakap,
 "anak saari tu tak cerdik mana... "

Assalamu'alaikum wbt buat ibu bapa yang dicintai Allah sekalian...Moga kita semua berada dalam rahmatnya.. 

Masih saya ingat masa kecil-kecil dahulu saya antara pelajar yang selalu dibuli oleh pelajar lelaki. Saya budak perempuan pemalu, berkaca mata bulat dan besarrr.. Pelajar perempuan pertama yang bertudung labuh, kain lycra putih. Masa itu saya punya keyakinan diri sangat rendah. Sebab Saya bukan orang cerdik. Saya suka berkawan dengan orang kelas bawah (pelajar corot) , kalau dalam kelas elit, title kedudukan no last dalam kelas tu memang sayalah pemilik tetap. hehe 


Biasanya pagi-pagi tugas Anak sulung yang hidup serdahana adalah mengemas rumah, kerat-kerat kayu, menyapu dan sebagainya. Dek kerana tolong mak, selalu lewat ke sekolah dan selalu kena marah di Cikgu. :) Bila tengah hari pula, tengok orang makan nasi gulai ayam, saya ikat perut 3,4 hari tak makan tengahari untuk kumpul duit 20 sen, 10sen beli lauk gulai ayam.. Seronok pulak bila teringat zaman kecik-kecik ni.. :)

Oh ya, pendekkan cerita. Suatu hari saya balik dari sekolah, saya terus meluru masuk ke dalam bilik. (masa tu 4 minggu lagi nak periksa UPSR) saya tengok di hadapan meja study buruk saya ada 1 jadual harian yang ayah saya buat penuh dengan baca alquran, ulangkaji subjek dan kata-kata semangat. Terkejut saya! hehe sorang ayah yang kerjanya selalu masuk hutan.. biasalah cari rezeki untuk anak-anak. 

Tau kenapa saya terkejut? sebab saya pelajar corot selalu kena panggil dengan cikgu sebab result teruk.. C&D tu biasalah catatan kad hijau saya. Tapi ayah dan mak saya masih berikan harapan dan tak patahkan semangat saya. Walaupun dia tahu anaknya ni bukanlah harapan sekolah nak dapat 5A.. Yang paling sadis, Saya jugak kerap dengar orang kampung cakap, anak saari tu tak cerdik mana... well apa perasaan anda bila orang cakap begitu? hangin ja kan..hehe 

Tapi Aku memang pantang dicabar!.  Saya cakap pada diri saya "korang tengoklah nanti, aku akan buktikan aku akan dapat 5A!"


Hari peperiksaan, pesanan mak,ayah suruh jawab elok-elok exam, buat yang terbaik dan adalah pesanan lain lagi.. yang pasti, sepanjang ke sekolah naik basikal semua orang kampung yang saya jumpa saya sapa, "mak ton! ambe periksa hari ni doa etek ya moga ambe buleh 5A! " jumpa pakcik tukang kebun dalam sekolah "Pok, doa kat ambe, 5A ya" . 
Mesti ada yang cakap,ehh perasan nak 5A! ah..lantaklah..yang pasti saya bahagia. :)

Sepanjang tempoh exam hingga saya dapat result UPSR, setiap kali solat solat sujud terakhir yang saya tahu doa "Ya Allah bagilah aku dapat 5A!" sehinggalah hari keputusan di umumkan, mak saya datang tau berjalan kaki sejauh 5km dalam keadaan sarat mengandung anak ke 6 seingat saya, semata-mata nak raikan result anak, tak dapat 5A tak pa yang pasti dah cuba yang terbaik. Sampai begitu sekali kan... perasaan ibu. Sebak rasa..

Ketika nama saya di umumkan "MARIYAM BINTI SA'ARI, TAHNIAH AWAK DAPAT 5A!" Semua cikgu muka terkejut. yelah pelajar corot 5A, pelajar yang cikgu target ramai 4A. Alhamdulillah... ya Allah.



Ni saya detailskan antara petua untuk mak ayah boleh lakukan untuk bantu anak hadapi UPSR 

  1. Doa, fikir, cakap & yakin yg anak akan berjaya
  2. Elakkan marah-marah anak supaya anak sentiasa dalam aura +ve . 
  3. Tutup TV ,ulangkaji ringan-ringan
  4. Baca alquran sama-sama 
  5. Pastikan segala kelengkapan untuk exam telah siap sempurna
  6. Maafkan & Doa, Solat hajat untuk anak  (*solat hajat ni melebihi 40 hari lepas tahajud sebaik-baiknya kalau boleh tiap-tiap malam sebelum anak exam dan selepas)
  7. Nyatakan yang ibubapa akan redha dgn apapun result yang akan di dapati nanti asalkan dia dah mencuba yg terbaik. Ini akan mengurangkan tekanan kpd anak
  8. Pagi sebelum anak exam peluk anak 
  9. Pesan pada anak, masuk dewan baca doa, fatihah 7x(untuk elakkan lupa apa yang dipelajari) dan berikan air kosong atau performence yang dah dibacakan yasin dan solat hajat
  10. Kalau boleh sepanjang anak sedang periksa, solat hajat dan baca yasin hinggalah anak habis menjawab soalan.  

P/s : Ibu bapa yang nak semua anaknya berjaya dunia dan akhirat, sebutkan nama anak satu-satu dan spesifikkan apa hajat pada anak.. Moga anak kita bukan sahaja berjaya di dunia bahkan jadi asbab kepada kita untuk masuk syurga! (Amalan ni paling kuat menentukan kejayaan saya hingga sekarang)

Oh ya sebelum saya terlupa, kami orang ganu, memang selalu makan ikan.. dalam ikan semestinya ada omega.. jadi untuk anak-anak tingkatkan belajar,jangan lupa amalkan omega ya! Ni antara yang mak ayah didik kami banyakkan makan ikan.. 



**boleh juga ibu bapa diluar sana mengamalkan terhadap anak yang bakal menghadapi PMR & SPM dan apa juga peperiksaan yang bakal dilalui oleh anak . Saya doakan moga anak-anak tuan puan berjaya!



Salam Sayang,
FB :Solehah Mariyam Sa'ari :)
Contact Info:
ID Solehah Mariyam : 961720
Whatsapp : 013-9020247

No comments:

Post a Comment