Monday, 15 August 2016

Tips mengajar Anak mengenal Al-Quran

zinnirah sofiyyah

Artikel ini adalah perkongsian dari Puan Mazlina Karim Yang Telah Berjaya Mendidik Anak-Anaknya Dari Bayi Hingga Dia Boleh Memhbaca Al Quran Dan Menghafal 30 Surah Al-Quran Pada Umur 3 Tahun. Beliau Merupakan Ibu Kepada 2 Orang Anak Darwish Dan Darwisha.

Bagaimana Membantu Kanak-Kanak Menghafal Surah-Surah Penting Dan Panjang Dalam Al Quran 
Dalam Membantu Anak Kita Untuk Mudah Mengingati Apa-Apa Surah Yang Akan Dihafalnya,
Cara Saya Tetap Sama Samada Untuk Surah Pendek Atau Surah Panjang.
Mulakan Dengan Membiasakan Anak Dengan MENDENGAR Surah Tersebut Yang Dibaca Oleh Qari Yang Kita Sendiri Suka Akan Lagu Bacaannya.
Jadikan Bacaan Qari Tersebut Sebagai Teman Tidur Dan Teman Perjalanan Anak Kita.
InsyaAllah, Mudahlah Untuk Mereka Menghafal Sesuatu Yang Telah Biasa Didengar Berulang Kali.
Kemudian, Baru Ajar MEMBACA Surah Tersebut. Ajar Hingga Dia Boleh MEMBACA Dengan LANCAR/Tiada Kesalahan.
Kemudian, Baru Suruh Anak MENGHAFAL.
Selalunya Darwisya Dapat Menghafal  Sehari Dua Selepas Dia Dapat Membaca Mana-Mana Surah Dengan Lancar Samada Surah Panjang Atau Pendek.
Untuk Diri Saya, Qari Yang Menyentuh Hati Saya Adalah Qari Dari Kuwait, Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy.
Mencari CD Yang Jelas Bacaannya Dipasaran Agak Sukar Mungkin Kerana Telah Di Ulang Salin/Dubbing Beberapa Kali Hingga Bacaannya Bergaung Dan Kurang Jelas. Maka, Jika Qari Ini Juga Kegemaran Pembaca, Cara Terbaik Untuk Mendapatkan Bacaan Yang Jelas Dan Berkualiti Adalah
1. Beli CD-R Kosong (Yang Paling Murah Harga 70sen Sekeping)
3. Pilih Surah Yang Dikehendaki (Free Download Yang Dibenarkan). Setiap Surah Semasa Kita Download Akan Ada Tercatit Panjang Masa Surah Tersebut. Jumlah Masa Dalam 1 CD-R Adalah Lebih Kurang 70-80 Minit Sahaja.
4. Untuk Memindahkan Download Ke CD-R, Pilih ‘Audio Data’ (For Car And Other General Radio)
5. Dah Siap..
Sebelum Menidurkan Anak, CD Tersebut Akan Dipasang Dengan Perlahan Di Radio Dan Tekan Mode ‘Repeat’. Ia Akan ‘Mengaji’ Untuk Anak Kita Sehingga Dia Terlena Dan Diteruskan Hingga Esok Pagi. Pastikan Volume Perlahan(Kalau Kuat Anak Tak Boleh Tidur Pula). Kita Boleh Pilih Samada Untuk Diulang Repeat Satu Surah Sahaja Atau Atau Diulang Bacaan Satu CD Tersebut.
Untuk Di Dalam Kereta, Saya Letakkan CD Surah Yang Telah Dihafalnya Supaya Dia Tidak Lupa Apa Yang Dihafalnya Sebelum Ini. Ini Memastikan Hafalan Yang Lepas Terus Kekal. Jika Bila-Bila Masa Saya Membawa Anak Berjalan, Ayat Yang Terhafal Terdahulu Yang Akan Saya Pasang Untuk Mereka Sepanjang Perjalanan. Siaran Radio Atau CD Lain Hanya Akan Saya Buka Jika Saya Berseorangan Memandu.


Alhamdulillah.. untuk Zinnirah, saya cuba amalkan apa yang di kongsikan..  anak-anak kecil tanpa dosa ni, sangat cepat menyerap dan mudah belajar. tapi bila saya praktikkan untuk anak saya fathin, yang berumur 11 bulan... rupanya lagi cepat fathin mengenal huruf al-quran. Senok ibu-ibu bila kita berjaya ajar anak mengenal hurul al-quran dengan usaha kita. selamat mencuba. :)

oh ya, jangan lupa berikan anak omega shaklee memang sangat kuat ingatan Allah berikan!
sebab zinnirah sangat cerdik dan cepat sangat belajar.. Alhamdulillah..



=================================================
Berminat?
Hubungi saya untuk dapatkan harga yang TERBAIK serta konsultasi secara PERCUMA 0% GST
Contact Info: 
Solehah Mariyam [ID: 961720] 
Call/sms/whatsapp: 013-9020247

No comments:

Post a Comment