Friday, 1 July 2016

Betul ke Set Menyusu Shaklee banyakkan susu ibu?


stok susu untuk Fathin


" Yam, macamana yam buat banyak susu tu... eh, shaklee ada jugak ya produk milk booster? kalau ada suami suruh beli terus "

" Puan, shaklee ada tak jual suplement yang boleh banyakkan susu? "

" Puan saya nak set menyusu budjet je, ada tak?"

Saya pasti, sudah tentu mana-mana ibu mahupun bapa sudah tentu ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak. Salah satunya bab menyusu.

Sebenarnya ramai bakal ibu,mahupun ibu-ibu di luar sana yang bertanya kepada saya tentang Set Menyusu Shaklee ni. Ada juga ibu yang sedang berjuang merealisasikan hasrat untuk menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun.

Penting untuk ibu-ibu tahu bahawa milk booster dari segi pemakanan bagi setiap orang adalah berbeza bergantung pada penerimaan badan seseorang. Tiada masalah untuk ibu-ibu mencuba sebarang produk milk booster di pasaran atau pemakanan penggalak susu yang lain. Bahkan jika ia ialah makanan yang baik dan berkhasiat, pilihan utk mengamalkannya adalah pilihan yang baik. Cuma pada saya supaya ibu-ibu tidak boleh bergantung semata-mata pada penggalak susu tanpa fahami konsep sebenar penghasilan susu ibu. Ramai yang salah faham, mereka ingatkan makan je penggalak susu, vitamin, susu itu ini terus menjadikan susu mereka jadi banyak.

 Sebenarnya, sifir mudah yang selalu menjadi zikir ibu-ibu menyusu ialah, semakin banyak permintaan, semakin banyak susu dihasilkan.

Perlu diingatkan konsep penyusuan perlu difahami untuk meningkatkan atau mengekalkan penghasilan susu ialah:

  1. Menyusukan bayi bila-bila yang dikehendaki 
  2. Lazimi sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi terutama di usia awal bayi 
  3. Kekalkan permintaan bila bayi tiada bersama ibu dengan memerah susu setiap 2 atau 3 jam (sistem perahan yang konsisten) 
  4. Pastikan bayi menyusu di payudara bukan di puting (correct latching technique) 
  5. Pastikan pemakanan ibu seimbang dan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan hydrated untuk kekal bertenaga kerana anak perlukan susu yang bernutrisi untuk membesar
  6. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 liter sehari.
  7. Beri bayi hanya minum susu ibu 
  8. Ibu dalam keadaan sihat, tenang dan positif dan elakkan keletihan melampau atau tekanan perasaan kerana ianya mengganggu penghasilan dan pengeluaran susu ibu
  9. Yang paling penting, jangan lupa doa, sedaqah, solat hajat supaya Allah rezekikan susu yang melimpah ruah dan berkat. 

**Peringatan : Ibu yang ingin menyusukan anak perlu tahu apakah ubat merancang kehamilan yang boleh digunapakai jika ingin menyusu anak dan waktu yang sama mengamalkan pil perancang keluarga.

           Oh ya, berbalik pada pengambilan makanan tambahan. Sebenarnya pengambilan vitamin makanan tambahan sebenarnya sangat membantu tubuh si ibu untuk mendapatkan zat vitamin dan mineral yang mencukupi untuk pertumbuhan dan pembesaran anak-anak.

Jika yang bertanyakan pada saya, suka saya kongsikan Set Menyusu Shaklee Full yang mencakupi keperluan nutrisi Ibu dan Anak. Di sini saya konsikn secara ringkas tentang Set menyusu Shaklee yang saya amalkan.




1. ESP - membentuk, membaiki dan membantu pertumbuhan sel dalam tubuh. Ia penting untuk ibu dan anak malah komposisi utama dalam susu ibu adalah protien. ESP adalah protien lengkap yang diperlukan oleh badan manusia. Ianya protien dari kacang soya yang tidak diubah genetiknya (Non-GMO).


2. Vitalea - mempunyai multivitamin yang lengkap (mengandungi lebih kurang 19 jenis vitamin ) yang diperlukan oleh badan. Antara tanda kekurangannya ialah si ibu mudah rasa nak pitam dan rasa pening kepala selepas menyusukan anak.

3. Vitamin C - Penting untuk menjadi asas kepada sistem imun dan pertahanan badan. Ia sangat membantu membina antibodi dan imun anak secara sihat melalui penyusuan.

4. B complex - Ia vitamin penting untuk membina darah. Ia juga terkenal sebagai vitamin penenang. Ia membantu si ibu kekal bertenaga dan tidak mudah moody dan mengawal tekanan.

5. Ostematrix - Ia adalah kalsium yang sangat berbeza dengan susu dan kalsium dipasaran luar, ia mengandungi magnesium dan vitamin D, yang sangat penting untuk pembinaan darah, sistem saraf dan keperluan utama pembentukan tulang dan gigi.

6. Alfalfa - ia adalah tumbuhan yang kaya dengan protien dan zat galian. Ia dalam kelompok herba maka pengambilannya memerlukan pengambilan air yang mencukupi dan konsisten. Bagi ibu menyusu ia sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu ibu.  Walau bagaimanapun, alfalfa tidak sesuai untuk ibu yang anaknya yang di diagnose G6PD kerana alfalfa mengandungi vitamin K. Oleh kerana alfalfa mengandungi vitamin K, pengambilannya oleh ibu menyusu akan mendapati susu ibu pekat dan sedikit kuning kehijauan.

Alhamdulillah, seriously saya nak bagitahu, dengan izin Allah setelah saya amalkan full set menyusu shaklee ni, susu saya sangat meriah dan saya pun bertenaga, tidak rasa lesu. bak kata misi yang melawat, macam dah lama habis pantang. hehehe

Ni Fathin ketika promosi Esp :)

Perkembangan anak-anak saya pun sangat memberangsangkan,dari segi emosi, tubuh badan dan minda malah antibodipun sangat kuat. Alhamdulillah. semua dengan izinNya.

Jadi pesanan untuk anda, jika anda ibu yang baru dalam dunia penyusuan mahupun yang berpengalaman dengan penyusuan cuma kurang memberangsangkan, pastikan anda tahu vitamin yang anda ambil. Insyaallah saya sedia membantu untuk menjayakan penyusuan anda! :)


=================================================
Berminat?
Hubungi saya untuk dapatkan harga yang TERBAIK serta konsultasi secara PERCUMA 0% GST
Contact Info:
Solehah Mariyam [ID: 961720]
Call/sms/whatsapp: 013-902 0247

No comments:

Post a Comment