Friday, 25 December 2015

MAHU ANAK MENDENGAR KATA

Zinnirah Sofiyyah dan Fathin Humaira'

Kadang-kadang sebagai ibu bapa muda, kemungkinan anda menghadapi situasi anak-anak kecil anda tidak mendengar kata. Dilarang memukul adik, dia tetap memukul juga. Bila diingatkan berkali-kali, dia berhenti sekejab, tetapi dua jam kemudian melakukannya lagi.

Jangan cepat stress. Tengok dulu umur anak itu. Kalau dia dibawah 3 tahun, fahamilah dia belum ada self-control lagi. Dia faham tak faham arahan anda itu. 

Kadang-kadang anda mungkin nampak dia memukul adik kecilnya yang baru beberapa bulan itu. Tetapi apa yang sebenar yang hendak dia lakukan ialah mengusap adiknya. Dia belum pandai kawal kekuatan tangannya. Oleh itu nampaklah seperti memukul. Kerana dia sayangkan adiknya. Kadang-kadang dia mengusap dengan kaki, maka dimata kita kita nampak seperti dia mahu menijak adiknya. Maka kita pun cepatlah marah dan terus menghukum si kakak atau abang itu.

Kita pun melarang dan melarang. Tetapi bagaikan tiada telinga, dia tetap melakukannya. Sebenarnya untuk anak sekecil ini memang mereka itu bagaikan tiada telinga. Kerana mereka belum faham.

Sabar sedikit dan analisa kembali, lihat kembali dan cuba fahami apa sebenarnya motif anak itu. Jangan cepat menuduh dia cemburukan adiknya. Mungkin itu bukan apa yang dia niatkan. Mungkin dia kerana tidak mengerti lagi, mahu bermain dengan adiknya yang masih terlalu kecil.

Sebelum menuduh anak-anak anda tidak mendengar kata, tarik nafas dan fahami keadaan sebenar. Jangan cepat bersangka buruk. 

Walaupun anak and itu sudah berusia 4 tahun ke atas, kefahamannya mengenai banyak perkara tidak sama dengan kita.

Jangan pula tersalah faham maksud penulisan saya ini. saya bukan mengatakan anda tidak boleh marah atau melarang anak-anak. Apa yang saya nyatakan di sini ialah JANGAN TERLALU CEPAT MENUDUH DAN BERSANGKA BURUK KEPADA ANAK-ANAK KECIL ANDA YANG MENYEBABKAN DARAH ANDA MENYIRAP dan anda menjadi tertekan sia-sia sahaja. :)

Yang penting ialah ambil jalan memahami tujuan tindakan anak kecil itu dan kemudian ajarlah dengan baik agar dia akan melakukan apa yang anda mahu dan menjauhi apa yang anda tidak suka untuknya.

Teruskan memberi nasihat walaupun perlu mengulanginya 1000 kali. Akan sampai masanya dia akan faham dan boleh mengikut permintaan anda dengan baik.
THE POWER OF REPEATED WORDS - Kuasa perkataan yang diulang berkali-kali :)

Perkongsian ini yang saya pelajari dari Ibu Rose :)


=================================================
Berminat?
Hubungi saya untuk dapatkan harga yang TERBAIK serta konsultasi secara PERCUMA 0% GST
Contact Info:
Solehah Mariyam [ID: 961720]
Call/sms/whatsapp: 013-9020247

No comments:

Post a Comment