Thursday, 10 September 2015

Satu Kalimah yang sangat biasa namun kesannya luar biasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Satu perkara yang agak pelik berlaku malam tadi, ada seorang datang pada saya dalam mimpi, dia melihat saya berada dalam ketakutan dek kerana gangguan makhluk halus dan makhluk mata kasar yang sentiasa mengganggu.. lalu dia berkata pada saya, "Mariyam, amalkan ayat ini.. Insyaallah kamu akan aman.. lalu dia ajarkan pada saya 
Tiada sembahan melainkan Allah semata, tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan dan segala puji hanya milikNya, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu.

Dari Abu Ayyasy, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa ketika pagi membaca -zikir ini-, maka pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba dari keturunan Nabi Isma’il, dicatat 10 kebaikan baginya, dihapus 10 keburukan darinya, dinaikkan 10 darjat, zikir ini bisa menjadi penjaganya dari syaitan hingga petang. Apabila dia membacanya ketika petang, baginya keutamaan yang sama seperti itu hingga pagi. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, dan Ibnu Majah, di-sahih-kan oleh Albani)

Sebenarnya ini merupakan amalan harian saya, cuma yelah kita manusia kadang-kadang terlalai, terlupa.. sangat mudah manusia ni lupa bila sibuk.. hati ini perlu dididik agar sentiasa mengingatinya. Mungkin mimpi ni ingin menegur saya dek kerana lalai. Astagfirullahalazim....
Tahukah anda kesan pengamalan ayat ini, ni berdasarkan pengalaman saya, 
  1. Kalau kita berada ditempat yang didiamin makhluk halus, insyaallah kita akan diberi kekuatan dan akan berasa aman
  2. Terhindar diri daripada nak melakukan maksiat dan dosa
  3. Diberi kekuatan untuk beribadah
  4. Sentiasa berada dalam petunjuknya jika nak lakukan sesuatu perkara
Sebaik-baiknya amalkan 100 kali setiap pagi, insyaallah kheir.. Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment