Friday, 18 September 2015

PETUA TURUNKAN SUHU DEMAM PANAS DENGAN CEPAT


"Ummi..ummi... akit..(sakit)" rintih Zinnirah dengan nada yang tak bermaya.

Aku pandang tepat pada jam dinding, pukul 1.30 pagi.. aku lihat badan Zinnirah menggeletar dalam kepanasan. Ya Allah, 38 Darjah Celsius!

Zinnirah memang susah sangat nak demam, tapi bila dah mula demam memamg teruk, suhu badan tinggi, badan menggeletar, muntah-muntah, tiada selera nak makan. Kesian aku melihatnya.. Ya lah ibu mana sanggup lihat anak kesakitan. Aku lebih rela menanggung sakit dari melihat anak kecil ini menanggung derita.  Namun. apa yang paling merisaukan, Zinnirah adalah antara anak kecil yang sangat sukar nak makan ubat! Ini makin buat saya buntu lagi.

Namun apa yang saya pelajari, apabila anak demam, tugas utama kita sebagai ibu bapa, catat bacaan suhu setiap hari, sekurang-kurangnya sebelum tidur, pagi dan petang

Kata Doktor, sebenarnya demam ni bukanlah satu penyakit ia hanya tanda-tanda yang mengatakan bahawa 'ada sesuatu yang tak kena berlaku dalam badan'. Sebenarnya demam adalah sebahagian kaedah semulajadi badan bayi melawan jangkitan. 

Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:
  • berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
  • berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.

Tapi, bila anak berumur 1 tahun keatas yang demam, tetapi masih boleh bermain, makan, minum dan melakukan aktiviti seperti biasa, perkara ini tidak perlu dirisaukan kerana antibodi tubuh anak kita sedang melakukan fungsi pertahanan dalam diri dengan baik.

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk menurunkan suhu badan anak ? salah satu cara yang biasa adalah dengan membasahkan tubuh anak dengan air suam selama 3o minit. JANGAN gunakan air yang sejuk kerana ini menyebabkan anak kita kesejukkan dan menggigil.  Ini cara yang biasa yang diajarkan oleh Doktor.


Cuma di sini, saya nak kongsikan petua untuk cepat turunkun suhu badan dengan cepat berdasarkan pengalaman saya buatkan untuk Zinnirah.

saya hanya menggunakan basic h dan nutriferon 2 stik, Alhamdulillah, dengan izinnya zinnirah hanya demam sehari setengah.. Terus pulih dan aktif seperti biasa.



 
Basic H

Nutriferon



Semalam, nenek Zinnirahpun ada mengadu badan terasa panas, tengkak mulai kering, Terus saya minta mak bancuh nutriferon dan telan vitamin c, selepas 6 jam, Alhamdulilllah Allah izinkan sihat seperti biasa..

testimoni di bawah adalah testimoni sahabat saya,Noni.. bila  Noni bagitau Qaeed (baby berumur 6 bulan kebawah) kerap demam, saya terus ajar noni cara untuk kurangkan suhu badan anaknya . Alhamdulillah, Allah izinkan sembuh.

Dan ingat, Perkara paling utama bila kita dah berusaha, jangan lupa sandarkan pada Allah... Berdoalah moga Allah berikan kesembuhan. Hanya Allah mampu sembuhkan penyakit kita.. Ni doa yang saya amalkan ketika zinnirah demam. Selamat Beramal.. :)


=================================================
Berminat?
Hubungi saya untuk dapatkan harga yang TERBAIK serta konsultasi secara PERCUMA 0% GST
Contact Info:
Solehah Mariyam [ID: 961720]
Call/sms/whatsapp: 013-9020247

No comments:

Post a Comment