Thursday, 3 September 2015

Adakah SET BERSALIN SHAKLEE benar-benar SELAMAT dan BERKESAN??


Assalamualaikum & Salam Sejahtera ibu ibu  semua.

Insyallah hari ini saya nak kongsikan sedikit kupasan mengenai Set bersalin Shaklee. Ramai yang PM saya bertanya tentang Set Bersalin, ada yang takut untuk mencuba. Jangan risau, saya telah hadir beberapa kali kelas nutrisi bersama pakar nutrisi untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Set Bersalin Shaklee. Insyallah, disini saya kongsikan mengenai kebaikan Set Bersalin Shaklee yang saya sendiri amalkan ketika kelahiran Zinnirah Sofiyyah, anak sulung saya. 

Ok, kita lihat satu persatu ya mengenai kebaikan Set Bersalin dari segi kandungan Nutrisi untuk pemulihan Ibu ketika dalam pantang.


1. ZAT BESI (IRON) - VITALEA WITH IRON

Tahukah kita, ibu yang berpantang memerlukan 2,000 hingga 2,500 kalori dalam sehari?
Namun malangnya, kebanyakkan kita apabila dalam pantang mengabaikannya dek kerana terlalu penat, letih dan tak cukup tidur berjaga malam dan menyusukan bayi sehinggakan kita kurang selera makan. Hal ini akan memberikan kesan buruk pada si ibu dan baby terutamanya apabila kandungan zink yang rendah dalam badan boleh menyebabkan si ibu mudah mengalami "meroyan".

begitu juga dengan keperluan zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Sebagaimana yang kita ketahui semasa melahirkan anak, banyak darah yang keluar dari badan kita dan darah ini perlu digantikan kembali. Sebab itulah Zat besi sangat diperlukan untuk jumlah yang banyak bagi membentuk sel darah merah. oleh itu, Zat besi atau Iron sangat diperlukan untuk mengembalikan tenaga kita semasa pantang.

Tahukah kita, Ibu menyusukan anak memerlukan antara 25- 27 mg sehari. Jika kita mengalami masalah kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas, dan senang diserang dijangkitan kuman.



2. VITAMIN B - B COMPLEX with ASID FOLIC

Vitamin B mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat penting bagi menukarkan makanan menjadi tenaga. Asid Folic, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

***Apakah homocysteine?Protein yang kita makan setiap hari dihadam dan dipecahkan menjadi pelbagai asid amino. Satu daripada asid ini ialah homocysteine. Biasanya, homocysteine yang tidak digunakan oleh badan kita dipecahkan seterusnya oleh enzim tertentu dan kemudian dibuang keluar daripada badan kita melalui ginjal.
Malangnya, kecacatan genetik atau kekurangan vitamin-vitamin tertentu boleh menjejaskan proses ini dan mengakibatkan jumlah homocysteine yang keluar daripada badan kurang dan lebih banyak dalam simpanan darah kita.
Tahap homocysteine yang tinggi menyebabkan kecederaan dan parut dalam tisu arteri (saluran darah). Pembentukan kolesterol dalam arteri yang cedera menyebabkan pembekuan darah dan saluran tersumbat. Arteri yang rosak kerana proses ini menjadi sempit dan boleh tertutup sepenuhnya. Jika kerosakan ini berlaku dalam saluran menghala ke jantung, ia boleh mengakibatkan serangan jantung.


3. VITAMIN C

ibu yang berpantang memerlukan 120 mg sehari Vitamin C. Bagi Ibu yang kekurangan Vitamin C akan rasa mudah penat, cepat marah dan mudah mendapat penyakit meroyan, sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding. Malah mereka mudah mengalami masalah gusi berdarah dan jangkitan pada gusi, rambut gugur dan kulit kering.



4. ZAT ZINK - ZINC COMPLEX

Zink merupakan antara zat yang sangat diperlukan oleh ibu yang berpantang dalam proses pembentukan sel-sel yang telah rosak. Hal ini kerana ibu yang berpantang akan mudah demam dan diserang pelbagai virus dan bakteria.  Jadi seharusnya, Zink diperlukan untuk meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit. Zink juga membantu mengembalikan semula kitaran haid  bagi ibu yang melahirkan anak, mengembalikan tenaga dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan cepat.


5. KALSIUM - OSTEMATRIX

Tahukah kita ibu yang menyusukan anak memerlukan sebanyak 1,000 mg hingga 1,500 mg kalsium sehari. Jadi , sememangnya kalsium sangat penting untuk pembentukan gigi dan tulang pada bayi yang disusukan.
Tahukah kita lagi mengenai suplement kalsium sangat diperlukan untuk menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika berpantang dan ia juga sangat penting dalam memperbaiki fungsi saraf bagi megelakkan rasa kebas kaki dan tangan dan mempercepatkan pengecutan otot rahim agar kembali ke saiz asal.



6. PROTIEN - ESP 

Tahukah kita ibu yang  hamil memerlukan sekurangnya 70g protien sehari. Malah bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anakpun sangat memerlukan nutrisi protien dalam pemakanan mereka. Kacang soya mempunyai kandungan protien yg tinggi dan sangat diperlukan dalam pemakanan dan bayi yang menyusu akan mendapat faedah yang banyak.
Protien akan merangsang pertumbuhan fizikal dan mental dan menyebabkan bayi akan cepat membesar dan menjadi cerdik. ESP Shaklee merupakan produk yang tidak mengandungi kolestrol  dan sangat sesuai untuk wanita yang berpantang.




Ingin mencuba Set Bersalin Shaklee? insyallah saya akan bantu ibu-ibu cara pengambilan supplement yang betul dan lebih berkesan dengan cara yang diajarkan oleh Pakar Nutrisi.  

Kupasan Set Bersalin Shaklee dari aspek perubatan oleh Dr.Zubaidi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Fa terbaca satu artikel dekat blog Dr.Zubaidi mengenai Set Bersalin/pantang Shaklee.

Diharap perkongsian ini dapat membuka mata ramai ibu-ibu untuk berpantang secara moden dengan Shaklee. Fa pengamal tegar Supplemen Shaklee ni masa pantang. Walaupun moden tapi amalan pantang traditional jangan dipinggirkan pulak ye.

Sedikit sebanyak mengenai Set Pantang Shaklee dari aspek perubatan dari pandangan Dr.Zubaidi.


KEBAIKAN SET BERSALIN SHAKLEE DARI SEGI NUTRISI UNTUK PEMULIHAN IBU BERPANTANG.

1. ZAT BESI (IRON) - VITALEA WITH IRON
Ibu menyusukan anak memerlukan antara 25- 27 mg sehari.
Kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas, dan senang diserang dijangkitan kuman.

2. VITAMIN B - B COMPLEX with ASID FOLIC
Vitamin B mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat penting bagi menukarkan makanan menjadi tenaga.
Asid Folic, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

3. VITAMIN C
Ibu yang kurang Vitamin C akan rasa mudah penat, cepat marah dan mudah mendapat penyakit meroyan. 
Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.
Gusi berdarah dan jangkitan pada gusi, rambut gugur kulit kering dan mudah jatuh sakit antara masalah yang diamalami oleh ibu yang kekurangan vitamin C.

4. ZAT ZINK - ZINC COMPLEX
Wanita yang berpantang akan mudah demam dan diserang pelbagai virus dan bakteria.
Zinc diperlukan untuk meningkatkn sistem daya tahan melawan penyakit.
Zinc penting dalam pembentukansel sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran. Juga membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan cepat.

5. KALSIUM - OSTEMATRIX
wanita menyusukan anak memerlukan sebanyak 1,000 mg hingga 1,500 mg kalsium sehari.
Kalsium sangat penting dalam memperbaiki fungsi saraf bagi megelakkan rasa kebas kaki dan tangan dan mempercepatkan pengecutan otot rahim agar kembali ke saiz asal.
Kalsium sangat penting untuk pembentukan gigi dan tulang pada bayi yang disusukan.

6. PROTIEN - ESP 
Kacang soya mempunyai kandungan protien yg tinggi dan sangat diperlukan dalam pemakanan dan bayi yang menyusu akan mendapat faedah yang banyak.
Protien akan merangsang pertumbuhan fizikal dan mental dan menyebabkan bayi akan cepat membesar dan menjadi cerdik.
Tidak mengandungi kolestrol sesuai untuk wanita yang berpantang.
Wanita hamil memerlukan sekurangnya 70g protien sehari.
- See more at: http://finurzcreations.blogspot.my/2014/08/kupasan-set-bersalin-shaklee-dari-a
=================================================
Berminat?
Hubungi saya untuk dapatkan harga yang TERBAIK serta konsultasi secara PERCUMA 0% GST
Contact Info: 
Solehah Mariyam [ID: 961720] 
Call/sms/whatsapp: 013-9020247

No comments:

Post a Comment