Thursday, 11 June 2015

Cara didik anak Nakal yang sangat berkesan


Perkongsian bijak Puan Sharifah Shuwaidah : 

Masalah ibu cepat marah anak-anak :
Puan senang saja, saya pun mengalami perkara yang sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara-cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.
1) baju kotor rumah bersepah - puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jgn ada mimik marah, jeling atau masam cuba
senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat
dan aktif). Pandanglah anak-anak puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.
2) panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat2 dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yang kita nak anak buat.
3) puan sungguh lucky tidak bekerja
dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak-anak semasa anak-anak tengah main join anak-anak dan bergurau insyallah bila anak-anak melihat
ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak-anak akan berubah. Saya kata terus terang puan, saya sampai anak-anak ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama-sama anak mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata. Last skali sekiranya puan betul-betul tak dapat control puan lihatlah anak-anak seperti esok kita dah tak jumpa anak-anak kita lagi. Maaf ingat anak-anak bukan hak kita amanah Allah s.w.t jangan sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.
4) setiap malam amalkan membaca
selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup keubun-ubun anak-anak dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yg puan impikan pada
anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak-anak subhanallah doa dan bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul-betul dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.
Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic dengan segera berubah mood kita puan.Anak memang itu fitrahnya bila kita pukul atau marah anak-anak tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita. Saya doakan puan akan
berjaya mendidik anak2 puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran.

Moga zinnirah sofiyyah,anakku menjadi anak yang solehah..Amin..



=================================================
Berminat?
Hubungi saya untuk dapatkan harga yang TERBAIK serta konsultasi secara PERCUMA 0% GST
Contact Info:
Solehah Mariyam [ID: 961720]
Call/sms/whatsapp: 013-9020247

No comments:

Post a Comment